Friday 24 January 2014

MENGAJAR PENULISAN DI SEKOLAH


Kelemahan Dalam Penulisan Di Kalangan Pelajar.

1. Kebanyakan pelajar menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dari aspek membina    ayat    
    dengan betul dan lengkap.
 2. Menyusun idea dalam penulisan.
 3. Tidak dapat mengekspresi dengan baik untuk memastikan penulisan mereka disiapkan
     mengikut tujuan yang telah ditetapkan
4. Membina ayat jika bantuan seperti gambar, kosa kata atau rangkai kata tidak disertakan.
5. Murid lebih cenderung untuk menulis ayat tunggal sahaja. Masalah ini jika dibiarkan berlarutan
    akan mempengaruhi markah peperiksaan mereka, terutamanya pada bahagian karangan.
6. Pelajar ketandusan idea dan  tidak dapat membina ayat majmuk yang berkaitan dan bersesuaian
    dengan topik yang diberi.
7. Membina ayat majmuk terhad kepada kata hubung yang mudah difahami oleh murid, contohnya
   ‘dan’.
8. Tidak tahu membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.



Fokus Pengajaran

Masalah utama yang perlu difokuskan ialah meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk.



Kaedah Pengajaran Yang Sesuai.

Meningkatkan penguasaan pelajar dalam kemahiran membina ayat majmuk dengan menggunakan kaedah Soalan-Respons “5W1H” melalui gambar besiri, gambar tunggal dan kata hubung.

a.     Kaedah Soalan-Respons “5W1H” kepada responden dan meminta mereka mengingatinya.  
Perkataan yang mula-mula digunakan ialah “ siapa “ ( who ) atau siapa yang terlibat dalam situasi tersebut. Saya meminta pelajar membayangkan siapa  atau subjek. Kemudian pelajar di minta menamakan subjek tersebut. Sekiranya subjek tersebut manusia, maka tuliskan nama orang itu dan sekiranya haiwan atau benda tuliskan juga namanya. Seterusnya “ bila “ ( when ), saya meminta pelajar membayangkan bilakah kejadian  tersebut berlaku iaitu dari aspek masa atau hari. Begitu juga dengan “ di mana “ ( where ), pelajar dikehendaki memberi contoh tempat kejadian atau sesuatu peristiwa itu berlaku. Bagi perkataan “ kenapa “ ( why ) pula, pelajar perlu menyatakan kenapa sesuatu peristiwa atau keadaan itu terjadi. Kemudian, melalui perkataan “ apa “ ( what ), pelajar perlu menyoal diri mereka sendiri tentang apakah peristiwa yang berlaku dan perkataan “ bagaimana “ ( how ) pula memerlukan pelajar memikirkan bagaimana keadaan atau situasi yang berlaku. 

b.    Latih tubi kaedah Soalan-Respons “5W1H” menggunakan gambar   bersiri.
            Latihan ini memerlukan pelajar membina ayat majmuk berdasarkan gambar bersiri yang diberi. Berlainan dengan apa yang pelajar biasa hadapi, para pelajar tidak diberi perbendaharaan kata yang berkaitan tetapi pelajar perlu menggunakan teknik Soalan-Respons“5W1H” yang telah diperkenalkan kepada mereka untuk membantu mereka mencari idea atau mengembangkan isi yang terkandung dalam gambar, kemudian pelajar di minta membina ayat majmuk yang bersesuaian dengan gambar yang diberi. Latihan ini dilaksanakan pada masa rehat dan juga masa ketiadaan guru mata pelajaran.

c.     Latih tubi kaedah Soalan-Respons “5W1H” menggunakan gambar tunggal.
            Aktiviti pada strategi 3 memerlukan pelajar membina lima ayat majmuk berdasarkan gambar tunggal. Bilangan ayat yang perlu ditulis oleh pelajar dihadkan oleh saya.  Gambar tunggal juga diberi kepada para pelajar untuk membantu mereka mengembangkan idea dan ini juga dapat menguji kemahiran berfikir para pelajar ke tahap yang lebih tinggi. Bagi memudahkan pelajar mendapat idea dan mengembangkannya, saya telah meminta pelajar membulatkan gambar atau situasi yang menunjukkan kata kerja. Kemudian barulah pelajar membina ayat dengan menggunakan kata kerja tersebut. Pelajar juga diingatkan supaya menggunakan kaedah Soalan-Respons “5W1H” semasa membina ayat.

d.    Latih tubi Soalan-Respons “5W1H” menggunakan kata hubung.
            Pelajar membina ayat majmuk berdasarkan kata hubung yang diberi. Latihan ini bertujuan membimbing pelajar membina ayat majmuk dalam penulisan dan diharap pelajar dapat menggunakan pelbagai kata hubung yang bersesuaian . Latihan ini telah dilakukan pada masa terluang dan dilaksanakan di pusat sumber sekolah selama lebih kurang satu jam.


Teknik Pengajaran Bahasa.

Teknik Main Peranan
·         Melakonkan situasi/masalah/peristiwa yang dianggap penting.
·         Pelajar memegang watak tertentu yg ditetapkan/dipilih oleh pelajar.
·         Dilakukan secara spontan..tiada skrip.
·         Pelajar cuba menyelesaikan masalah atau menjelaskan situasi kepada pelajar lain.
·         Bermula dengan pemikiran masalah.


Teknik Permainan Bahasa

·         Mempelajari bahasa melalui permainan.
·         Berfingsi – peluang latihan intensif kepada pelajar, pembelajaran bermakna dan sbg alat diagnostic.
·         Menggunakan kemahiran mendengar, bertutur, ,e,baca dan menulis dalam aktiviti.
·         Hala tuju kepada merangsang interaksi cerbal, menambah kefasihan, keyakinan, alat yang dapat mengikis rasa bosan, sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.



Teknik Latih Tubi

·         Tujuan – untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran dan bagi menjamin kekekalannya.
·         Pelajar melalui proses mendengar, melihat, memikirkan maksud dan tugas perkataan2
·         Teknik ini memberi perhatian kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa.
Ø  Sebutan – patah perkataan, sukukata
Ø  Tatabahasa – penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum bahasa.
Ø  Perbendaharaan kata – meluaskan kemahiran dlm penggunaan imbuhan mengikut konteks.
Ø  Kefasihan – berfikir dan bertutur secara spontan.
Ø  Kefahaman – Latiham memahami soalan dan jawapan yang wajar.


Teknik Bercerita

·         Teknik dalam membina kecekapan berbahasa.
·         Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa.
·         Memberi perhatian peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita.
·         Teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
·         Penyampaian berintonasi.

Langkah2 persediaan
Ø  Pilih cerita yang sesuai mengikut peringkat umur, kecedrasan dan minat pelajr.
Ø  Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Ø  Mengkaji cerita itu dan masukkan aspek-aspek bahasa.
Ø  Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
Ø  Latih bercerita seolah2 guru ada dihadapan..sekali sebelum situasi sebenar.
Ø  Bercerita dalam keadaan yang selesa.
Ø  Menggunakan gambar, objek sebenar/ BBM.
Ø  Sediakan kad-kad perkataan, frasa2 atau ayat3 yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak disampaikan.





Teknik Inkuiri
1.      Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.
2.      Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.
3.      Dapat menimbulkan daya refleksi di kalangan pelajar.
4.      Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
5.      Memberikan latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Pengendalian teknik inkuiri.
1.      Proses mengenal masalah.
2.      Mengkaji masalah
3.      Mengumpul maklumat.
4.      Menganalisis.
5.      Membuat rumusan.

Teknik Perbahasan
·         Hanya sesuai diajar di SM.


Teknik Kuiz
·         Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topic-topik tertentu.
·         Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
·         Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan menggunakan teka-teki.
·         Pelajar dapat belajar kaedah dan cara berfikir yang baru.
·         Membantu pelajar memahami sistem Bahasa melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
·         Dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, pengayaan, pemulihan dan pengukuhan.

Pengendalian
Ø  Dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup.


Teknik Sumbangsaran
Dikenali sebagai percambahan fikiran .
·         Perbincangan di setiap kumpulan.
·         Ali memberikan pendapat.
·         Biasa dimulakan dengan memikirkan masalah yang sesuai.
·         Masalah kekemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya, memperlihatkan melalui filem, tv, mendengar rakaman dsb,

Tujuan
·         Sesuai dengan kebolehan murid.
·         Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas.
·         Setiap cadangan dicatat untuk dibincangkan bersama.
·         Kumplan mesti memilih pengerusi yang betul2 layak.
·         Setiap akhli diberi peluang mengemukakan  cadangan.
·         Seberapa banyak idea.
·         Perbincangan tidak formal haruslah diwujudkan.
·         Pastikan peruntukan masa .
·         Digalakkan menggunakan prinsip 5w1h.
Teknik Soal Jawab

TeknikSimulasi
-       Hampir menyerupai keadaan sebenar.
-       Memerlukan pelajar berinteraksi sesame sendiri berdasarkan peranan masing-masing.
·         Pelajar menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul maklumat, menjalankan temuramah dengan individu dan catat isi-isi penting.
·         Pelajar digalak memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan
·         Memberi peluang mengalami sendiri situasi dan masalah.
·         Kemahiran lisan, membaca dan menulis dapat ditingkatkan.
·         Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik – dan menjadi sumber motivasi .
Teknik Drama
Teknik Perbincangan
Teknik Forum

Teknik Dialog.

No comments:

Post a Comment