Friday 24 January 2014

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BERKESAN.

Kaedah Pengajaran.
1. Kaedah Berpasukan
2. Kaedah Jigsaw -
3. Kritikan Terbuka – memperbaiki kemahiran berkomunikasi secara spontan. Penilaian kendiri pelajar.
4. Penilaian Rakan Kumpulan – memenuhi keperluan kopetensi kemahiran generic kerja kumpulan. Penilaian rakan kumpuan.

Kaedah Berpasukan.
i. Menggabungkan 2 atau lebih guru dalam pembelajaran dan pengajaran.
ii. Perkongsian idea untuk membentuk nilai kerja dan kualiti PdP.

Kaedah Jigsaw.
i. Memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar.
ii. Meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian dan pemikiran kreatif.
iii. A. Pergantungan secara positif.
    B. Tanggungjawab
    C. Interaksi secar terus
    D. Mempraktikkan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian.
    E. Penilaian kendiri secara berterusan.

Cara :

  • Agihkan pelajar kepada kumpulan-kumpulan dan diberi satu tajuk yang berbeza.
  • Pelajar akan mencari maklumat berkenaan sehingga mereka benar-benar faham tentang tajuk yang diberikan. Pencarian maklumat itu bebas/terkawal mengikut kreativiti kumpulan, sama ada melalui buku rujukan tambahan, internet mahu pun meminta pendapat ahli bijak pandai/guru dsb.
  • Setiap kumpulan diwakili oleh seorang/2 orang yang akan menyampaikan maklumat yand diperolehi. Dengan cara ini, pelajar sendiri belajar secara kendiri.
  • KJ ini – salah satu cabang dari kaedah pembelajaran secara kerjasama. (cooperative Learning Method – KOOP).
  • Kaedah ini juga dipanggil Kaedah Pembelajaran Secara Kompetetif (competitive learning method – KOMP).


Kritikan Terbuka.
i. Membabitkan kemahiran pengucapan awam.
ii. Berdasarkan lima perkara : intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima.
iii. Pelajar lebih aktif di dalam bilik darjah.
iv. Meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan pelajar.

Penilaian Rakan Kumpulan.
Aspek diukur – tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kumpulan, menilai kerja dan hasil kerja kumpulan, menilai kemahiran tertentu rakan.
Pelajar akan diberi borang penilaian selepas kerja kumpulan selesai. Penilaian merangkumi;
Sumbangan, kerjasama, kefahaman dan komitmen terhadap tugas menggunakan skala Likert.

Kelebihan dalam pembangunan kendiri pelajar.
1. Memberikan peluang kepada para pelajar untuk membuat penilaian kritikal terhadap restasi kerja kumpulan mereka atau kumpulan lain.
2. Membantu pelajar untuk bersikap lebih berintegriti, jujur dan telus dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara.
3. Pelajar lebih bersungguh-sungguh dan sedapa upaya untuk memberikan yang terbaik dalam menjayakan kerja kumpulan mereka apabila kritikan dibuat sendiri oleh rakan mereka.
4. Mewujudkan suasana toleransi di antara pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi agama dan bangsa. Dengan ini meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk bersikap rasional dan menerima perbezaan yang wujud di antara mereka.

5. Salah satu kaedah yang efektif dalam mengukur keberkesanan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

No comments:

Post a Comment