Friday 24 January 2014

PENGURUSAN BILIK DARJAH – RUANG DAN DINDING BILIK DARJAH

Pendahuluan.
Hasil bimbingan SISC+ BM sejal 2013, dapatan yang diperolehi adalah 95% bilik darjah yang dilihat tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru sebagai ruang ilmu, ruang untuk memupuk minat suka membaca dan sudut yang boleh membina semangat dan keinginan untuk berjaya secara kendiri di kalangan pelajar.


Keutamaan Pengurusan Bilik Darjah Secara Umum.
Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggungjawab. Bilik darjah perlu diurus dengan keadaan terbaik dan kondusif agar pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan efektif dan menjadi pengalaman yang menyeronok.


Kelemahan Pengurusan Ruang dan Dinding Bilik Darjah Yang Dikenalpasti.
Lonjakan prestasi lebih pantas memerlukan persekitaran yang kondusif. Berikut adalah beberapa kelemahan yang ditemui dan yang diyakini perlu untuk diambil perhatian serius oleh pihak guru atau sekolah.
· Warna bilik darjah tidak ceria.
· Dinding bilik darjah kosong – tiada info, tiada hiasan.
· Bahan dipamer sudah lusuh dan sudah tidak berkaitan
· Sudut pembelajaran hanya jadi ruang longgokkan pameran bekas hasil kerja murid.
· Gambar, abjad, nombor yang ada tidak bersifat kreatif.
· Meja kerusi cuma diatur secara biasa. Tidak ada ciri-ciri usaha untuk ‘yang luar biasa’.
· Meja rosak – berparit/berlubang/tiada laci.
· Keceriaan meja, dinding dalam dan ruang dinding luar diabaikan.
· Tiada Sudut Membaca.
· Bilik darjah tidak selesa - panas, cahaya yang masuk berlebihan [menyilaukan mata]
· Bilik darjah sempit.


Bilik darjah harus dapat berfungsi;

· Memberi peluang kepada pelajar mempelajari sesuatu yang baru dan mendapat ilmu yang mereka tidak pernah ketahui sebelum ini .
· Membentuk disiplin pelajar melalui peraturan-peraturan bilik darjah yang perlu dipatuhi oleh pelajar ketika berada di bilik darjah.
· Memudahkan guru melihat semua pelajar.
· Memudah pengendalian pdp.
· Menenangkan dan memberikan keselesaan. Unik.
· ‘Persekitaran baru’ untuk ruang mengisi masa lapang – membaca.
· Mendorong ke arah pembelajaran yang lebih memberangsangkan.
· Menggalak pembelajaran secara kendiri khususnya mengatasi masalah kelemahan diri.
· Menggalakkan persaingan sihat di kalangan murid.


Apa yang perlu dan baik ada di dalam bilik darjah?

· Jadual Waktu Pembelajaran.
· Organisasi Kelas.
· Jadual Tugas Harian Pelajar.
· Rekod Perabot Kelas.
· Sudut Pembacaan.
· Sudut Info/Ilmu Pengetahuan.
· Sudut Pameran Hasil Kerja Pelajar.
· Peraturan Bilik Darjah
· Hiasan ringkas yang menarik.
· Analisis Item Setiap Ujian.
· Carta Kemajuan Mingguan Pelajar.
· Ruang Penghargaan Pelajar [di dinding luar bilik darjah]
· Moto.


Semua perkara di atas, seharusnyalah di buat dalam bentuk yang kreatif dan inovatif. Pelajar kini sudah terdedah kepada banyak bentuk persekitaran yang menyenangkan hati dan mata memandang. Keadaan bilik darjah yang kosong dan dalam bentuk ‘biasa’ sudah tidak terpakai lagi. Pelajar harus disediakan cabaran-cabaran minda dan kesukaan naluri yang lebih tinggi arasnya.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BERKESAN.

Kaedah Pengajaran.
1. Kaedah Berpasukan
2. Kaedah Jigsaw -
3. Kritikan Terbuka – memperbaiki kemahiran berkomunikasi secara spontan. Penilaian kendiri pelajar.
4. Penilaian Rakan Kumpulan – memenuhi keperluan kopetensi kemahiran generic kerja kumpulan. Penilaian rakan kumpuan.

Kaedah Berpasukan.
i. Menggabungkan 2 atau lebih guru dalam pembelajaran dan pengajaran.
ii. Perkongsian idea untuk membentuk nilai kerja dan kualiti PdP.

Kaedah Jigsaw.
i. Memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar.
ii. Meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian dan pemikiran kreatif.
iii. A. Pergantungan secara positif.
    B. Tanggungjawab
    C. Interaksi secar terus
    D. Mempraktikkan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian.
    E. Penilaian kendiri secara berterusan.

Cara :

  • Agihkan pelajar kepada kumpulan-kumpulan dan diberi satu tajuk yang berbeza.
  • Pelajar akan mencari maklumat berkenaan sehingga mereka benar-benar faham tentang tajuk yang diberikan. Pencarian maklumat itu bebas/terkawal mengikut kreativiti kumpulan, sama ada melalui buku rujukan tambahan, internet mahu pun meminta pendapat ahli bijak pandai/guru dsb.
  • Setiap kumpulan diwakili oleh seorang/2 orang yang akan menyampaikan maklumat yand diperolehi. Dengan cara ini, pelajar sendiri belajar secara kendiri.
  • KJ ini – salah satu cabang dari kaedah pembelajaran secara kerjasama. (cooperative Learning Method – KOOP).
  • Kaedah ini juga dipanggil Kaedah Pembelajaran Secara Kompetetif (competitive learning method – KOMP).


Kritikan Terbuka.
i. Membabitkan kemahiran pengucapan awam.
ii. Berdasarkan lima perkara : intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima.
iii. Pelajar lebih aktif di dalam bilik darjah.
iv. Meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan pelajar.

Penilaian Rakan Kumpulan.
Aspek diukur – tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kumpulan, menilai kerja dan hasil kerja kumpulan, menilai kemahiran tertentu rakan.
Pelajar akan diberi borang penilaian selepas kerja kumpulan selesai. Penilaian merangkumi;
Sumbangan, kerjasama, kefahaman dan komitmen terhadap tugas menggunakan skala Likert.

Kelebihan dalam pembangunan kendiri pelajar.
1. Memberikan peluang kepada para pelajar untuk membuat penilaian kritikal terhadap restasi kerja kumpulan mereka atau kumpulan lain.
2. Membantu pelajar untuk bersikap lebih berintegriti, jujur dan telus dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara.
3. Pelajar lebih bersungguh-sungguh dan sedapa upaya untuk memberikan yang terbaik dalam menjayakan kerja kumpulan mereka apabila kritikan dibuat sendiri oleh rakan mereka.
4. Mewujudkan suasana toleransi di antara pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi agama dan bangsa. Dengan ini meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk bersikap rasional dan menerima perbezaan yang wujud di antara mereka.

5. Salah satu kaedah yang efektif dalam mengukur keberkesanan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

MENGAJAR PENULISAN DI SEKOLAH


Kelemahan Dalam Penulisan Di Kalangan Pelajar.

1. Kebanyakan pelajar menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dari aspek membina    ayat    
    dengan betul dan lengkap.
 2. Menyusun idea dalam penulisan.
 3. Tidak dapat mengekspresi dengan baik untuk memastikan penulisan mereka disiapkan
     mengikut tujuan yang telah ditetapkan
4. Membina ayat jika bantuan seperti gambar, kosa kata atau rangkai kata tidak disertakan.
5. Murid lebih cenderung untuk menulis ayat tunggal sahaja. Masalah ini jika dibiarkan berlarutan
    akan mempengaruhi markah peperiksaan mereka, terutamanya pada bahagian karangan.
6. Pelajar ketandusan idea dan  tidak dapat membina ayat majmuk yang berkaitan dan bersesuaian
    dengan topik yang diberi.
7. Membina ayat majmuk terhad kepada kata hubung yang mudah difahami oleh murid, contohnya
   ‘dan’.
8. Tidak tahu membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.



Fokus Pengajaran

Masalah utama yang perlu difokuskan ialah meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk.



Kaedah Pengajaran Yang Sesuai.

Meningkatkan penguasaan pelajar dalam kemahiran membina ayat majmuk dengan menggunakan kaedah Soalan-Respons “5W1H” melalui gambar besiri, gambar tunggal dan kata hubung.

a.     Kaedah Soalan-Respons “5W1H” kepada responden dan meminta mereka mengingatinya.  
Perkataan yang mula-mula digunakan ialah “ siapa “ ( who ) atau siapa yang terlibat dalam situasi tersebut. Saya meminta pelajar membayangkan siapa  atau subjek. Kemudian pelajar di minta menamakan subjek tersebut. Sekiranya subjek tersebut manusia, maka tuliskan nama orang itu dan sekiranya haiwan atau benda tuliskan juga namanya. Seterusnya “ bila “ ( when ), saya meminta pelajar membayangkan bilakah kejadian  tersebut berlaku iaitu dari aspek masa atau hari. Begitu juga dengan “ di mana “ ( where ), pelajar dikehendaki memberi contoh tempat kejadian atau sesuatu peristiwa itu berlaku. Bagi perkataan “ kenapa “ ( why ) pula, pelajar perlu menyatakan kenapa sesuatu peristiwa atau keadaan itu terjadi. Kemudian, melalui perkataan “ apa “ ( what ), pelajar perlu menyoal diri mereka sendiri tentang apakah peristiwa yang berlaku dan perkataan “ bagaimana “ ( how ) pula memerlukan pelajar memikirkan bagaimana keadaan atau situasi yang berlaku. 

b.    Latih tubi kaedah Soalan-Respons “5W1H” menggunakan gambar   bersiri.
            Latihan ini memerlukan pelajar membina ayat majmuk berdasarkan gambar bersiri yang diberi. Berlainan dengan apa yang pelajar biasa hadapi, para pelajar tidak diberi perbendaharaan kata yang berkaitan tetapi pelajar perlu menggunakan teknik Soalan-Respons“5W1H” yang telah diperkenalkan kepada mereka untuk membantu mereka mencari idea atau mengembangkan isi yang terkandung dalam gambar, kemudian pelajar di minta membina ayat majmuk yang bersesuaian dengan gambar yang diberi. Latihan ini dilaksanakan pada masa rehat dan juga masa ketiadaan guru mata pelajaran.

c.     Latih tubi kaedah Soalan-Respons “5W1H” menggunakan gambar tunggal.
            Aktiviti pada strategi 3 memerlukan pelajar membina lima ayat majmuk berdasarkan gambar tunggal. Bilangan ayat yang perlu ditulis oleh pelajar dihadkan oleh saya.  Gambar tunggal juga diberi kepada para pelajar untuk membantu mereka mengembangkan idea dan ini juga dapat menguji kemahiran berfikir para pelajar ke tahap yang lebih tinggi. Bagi memudahkan pelajar mendapat idea dan mengembangkannya, saya telah meminta pelajar membulatkan gambar atau situasi yang menunjukkan kata kerja. Kemudian barulah pelajar membina ayat dengan menggunakan kata kerja tersebut. Pelajar juga diingatkan supaya menggunakan kaedah Soalan-Respons “5W1H” semasa membina ayat.

d.    Latih tubi Soalan-Respons “5W1H” menggunakan kata hubung.
            Pelajar membina ayat majmuk berdasarkan kata hubung yang diberi. Latihan ini bertujuan membimbing pelajar membina ayat majmuk dalam penulisan dan diharap pelajar dapat menggunakan pelbagai kata hubung yang bersesuaian . Latihan ini telah dilakukan pada masa terluang dan dilaksanakan di pusat sumber sekolah selama lebih kurang satu jam.


Teknik Pengajaran Bahasa.

Teknik Main Peranan
·         Melakonkan situasi/masalah/peristiwa yang dianggap penting.
·         Pelajar memegang watak tertentu yg ditetapkan/dipilih oleh pelajar.
·         Dilakukan secara spontan..tiada skrip.
·         Pelajar cuba menyelesaikan masalah atau menjelaskan situasi kepada pelajar lain.
·         Bermula dengan pemikiran masalah.


Teknik Permainan Bahasa

·         Mempelajari bahasa melalui permainan.
·         Berfingsi – peluang latihan intensif kepada pelajar, pembelajaran bermakna dan sbg alat diagnostic.
·         Menggunakan kemahiran mendengar, bertutur, ,e,baca dan menulis dalam aktiviti.
·         Hala tuju kepada merangsang interaksi cerbal, menambah kefasihan, keyakinan, alat yang dapat mengikis rasa bosan, sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.



Teknik Latih Tubi

·         Tujuan – untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran dan bagi menjamin kekekalannya.
·         Pelajar melalui proses mendengar, melihat, memikirkan maksud dan tugas perkataan2
·         Teknik ini memberi perhatian kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa.
Ø  Sebutan – patah perkataan, sukukata
Ø  Tatabahasa – penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum bahasa.
Ø  Perbendaharaan kata – meluaskan kemahiran dlm penggunaan imbuhan mengikut konteks.
Ø  Kefasihan – berfikir dan bertutur secara spontan.
Ø  Kefahaman – Latiham memahami soalan dan jawapan yang wajar.


Teknik Bercerita

·         Teknik dalam membina kecekapan berbahasa.
·         Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa.
·         Memberi perhatian peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita.
·         Teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
·         Penyampaian berintonasi.

Langkah2 persediaan
Ø  Pilih cerita yang sesuai mengikut peringkat umur, kecedrasan dan minat pelajr.
Ø  Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Ø  Mengkaji cerita itu dan masukkan aspek-aspek bahasa.
Ø  Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
Ø  Latih bercerita seolah2 guru ada dihadapan..sekali sebelum situasi sebenar.
Ø  Bercerita dalam keadaan yang selesa.
Ø  Menggunakan gambar, objek sebenar/ BBM.
Ø  Sediakan kad-kad perkataan, frasa2 atau ayat3 yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak disampaikan.





Teknik Inkuiri
1.      Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.
2.      Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.
3.      Dapat menimbulkan daya refleksi di kalangan pelajar.
4.      Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
5.      Memberikan latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Pengendalian teknik inkuiri.
1.      Proses mengenal masalah.
2.      Mengkaji masalah
3.      Mengumpul maklumat.
4.      Menganalisis.
5.      Membuat rumusan.

Teknik Perbahasan
·         Hanya sesuai diajar di SM.


Teknik Kuiz
·         Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topic-topik tertentu.
·         Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
·         Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan menggunakan teka-teki.
·         Pelajar dapat belajar kaedah dan cara berfikir yang baru.
·         Membantu pelajar memahami sistem Bahasa melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
·         Dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, pengayaan, pemulihan dan pengukuhan.

Pengendalian
Ø  Dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup.


Teknik Sumbangsaran
Dikenali sebagai percambahan fikiran .
·         Perbincangan di setiap kumpulan.
·         Ali memberikan pendapat.
·         Biasa dimulakan dengan memikirkan masalah yang sesuai.
·         Masalah kekemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya, memperlihatkan melalui filem, tv, mendengar rakaman dsb,

Tujuan
·         Sesuai dengan kebolehan murid.
·         Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas.
·         Setiap cadangan dicatat untuk dibincangkan bersama.
·         Kumplan mesti memilih pengerusi yang betul2 layak.
·         Setiap akhli diberi peluang mengemukakan  cadangan.
·         Seberapa banyak idea.
·         Perbincangan tidak formal haruslah diwujudkan.
·         Pastikan peruntukan masa .
·         Digalakkan menggunakan prinsip 5w1h.
Teknik Soal Jawab

TeknikSimulasi
-       Hampir menyerupai keadaan sebenar.
-       Memerlukan pelajar berinteraksi sesame sendiri berdasarkan peranan masing-masing.
·         Pelajar menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul maklumat, menjalankan temuramah dengan individu dan catat isi-isi penting.
·         Pelajar digalak memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan
·         Memberi peluang mengalami sendiri situasi dan masalah.
·         Kemahiran lisan, membaca dan menulis dapat ditingkatkan.
·         Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik – dan menjadi sumber motivasi .
Teknik Drama
Teknik Perbincangan
Teknik Forum

Teknik Dialog.

MEMUPUK KEJAYAAN PELAJAR


Pendahuluan.
Kejayaan pelajar perlu menjadi keutamaan nombor satu setiap guru. Kejayaan boleh diukur dengan pelbagai cara. Bagi sesetengah pelajar , kejayaan diukur berdasarkan perolehan gred yang baik di dalam kelas. Bagi pelajar-pelajar lain, kejayaan mungkin diukur melalui peningkatan penglibatannya di dalam kelas atau berdasarkan gred yang lebih baik. Tidak kira bagaimana kejayaan itu diukur, guru harus membantu setiap pelajar mencapai potensi mereka sepenuhnya.  


Strategi Yang Boleh Diguna Oleh Guru.

Berikut adalah beberapa strategi yang guru boleh gunakan untuk membantu mencapai matlamat tersebut.
1.    Ada Jangkaan Tinggi
Jangkaan tinggi adalah  penting dalam mewujudkan persekitaran akademik di dalam bilik darjah.  Jangkaan itu menetapkan sasaran yang tinggi, namun  bukan suatu yang mustahil untuk dicapai dan memenuhi harapan pelajar. Jika anda menetapkan kedudukan yang tinggi, anda mempunyai peluang yang lebih untuk mencapai yang lebih baik. Pelajar akan meningkat ke tahap itu. Malah jika mereka tidak mencapai  standard tinggi seperti yang anda tetapkan , mereka masih akan mendapat manfaat dan mencapai lebih baik  berbanding hanya menyimpan harapan yang sedikit atau tiada langsung.

2.  Membuat Prosedur Kelas Yang Berkesan Untuk Meminimumkan Gangguan.
     Salah satu cara utama untuk membantu anak-anak muda berkelakuan baik di rumah adalah dengan mencipta jadual yang berkesan dan konsisten bagi mereka untuk diikuti. Tanpa struktur ini , kanak-kanak sering berakhir dengan masalah disiplin. Demikian jugalah terhadap murid sekolah.. Walaupun prosedur bilik darjah sering mengambil sedikit masa dan usaha untuk dilaksanakan pada awal tahun persekolahan, namun apabila sudah ditubuh,  ia mewujudkan satu struktur yang membolehkan guru memberi  tumpuan kepada pengajaran, tidak lagi  terhadap  isu-isu gangguan kecil.

3.    Perkembangan Berterusan Dalam Profesion.
     Idea-idea baru dan penyelidikan yang boleh meningkatkan pengajaran sehari- hari anda sebaiknya diamalkan/dilaksanakan setiap tahun. Mengikuti maklumat terkini melalui forum-forum, bengkel, dalam talian, dan jurnal profesional akan boleh menjadikan anda seorang guru yang lebih baik. Seterusnya  dapat mendorong pelajar lebih berminat untuk mencapai kejayaan yang lebih besar. Di sebaliknya, pengajaran yang sama dari semasa ke semasa pada setiap tahun adalah membosankan . Membuatkan  pengajaran kurang bersemangat. Pelajar pasti tidak akan mengambil perhatian terhadap pengajaran guru, menjadi bosan dan terganggu. Termasuklah  idea-idea baru dan kaedah pengajaran yang boleh membuat perbezaan yang besar.

4.    Bantu Pelajar Berkembang Melalui Taksonomi Bloom.
      Taksonomi Bloom menyediakan guru dengan alat yang hebat yang mereka boleh gunakan untuk mengukur kerumitan tugasan kerja rumah dan peperiksaan mereka. Menulis soalan dalam tahap kefahaman taksonomi adalah agak mudah. Ini tahap soalan yang kebanyakannya  berbentuk penilaian yang diberikan oleh guru-guru kelas. Oleh kerana jawapan yang tidak memerlukan lebih daripada ingat mudah, pelajar benar-benar tidak mendalami pembelajaran. Walau bagaimanapun, pelajar bergerak ke atas piramid dan memerlukan mereka untuk memohon, menganalisis, menilai dan mensintesis maklumat akan menyebabkan peningkatan penggunaan kemahiran pemikiran kritikal dan peluang yang lebih besar untuk pembelajaran yang sahih.

5.    Kepelbagaian Teknik Pengajaran.
      Apabila anda mengubah kaedah pengajaran , anda menyediakan pelajar dengan peluang yang lebih besar untuk belajar. Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza, kekuatan dan kelemahan. Sebaliknya, jika hanya memberi tumpuan kepada satu atau mungkin dua kaedah yang mengarah kepada satu gaya pembelajaran, teknik pengajaran yang berbeza-beza  membolehkan guru dapat memberi tumpuan lebih kepada ketiga-tiga gaya pembelajaran. Di samping itu, pelajar akan lebih berjaya jika mereka tidak bosan. Pelbagai teknik pengajaran boleh membantu pelajar yang berminat di dalam kelas.

6.    Kemahiran Pengurusan Bilik Darjah Berkesan.
     Pelajar akan mempunyai masa yang sukar berjaya dalam persekitaran yang mengganggu. Buat pelan disiplin yang berkesan berdasarkan peraturan mudah untuk difahami kelas. Pastikan adil dan konsisten dalam penguatkuasaan pelan tersebut setiap hari. Pelajar akan cepat menyedari bahawa kelas anda adalah tempat pembelajaran.

7. Teluslah Terhadap Pelajar  Tentang Bagaimana Untuk Berjaya
     Bagaimana untuk berjaya di dalam kelas,  harus mudah difahami oleh semua pelajar. Anda perlu menyediakan pelajar dengan sukatan pelajaran pada awal tahun ini yang menjelaskan dasar-dasar penggredan anda. Jika anda memberikan tugasan yang rumit atau subjektif seperti esei atau kertas penyelidikan , pastikan untuk memberi pelajar satu salinan panduan  anda terlebih dahulu. Jika pelajar menyertai makmal sains , pastikan bahawa mereka memahami dengan tepat bagaimana anda akan menetapkan gred terhadap  penyertaan dan kerja mereka.

8. Percayailah Pelajar Anda dengan Sesungguhnya Dan Mahu Mereka Berjaya.
     Ini mungkin kelihatan jelas tetapi setiap guru perlu melakukan pemeriksaan khusus pada kepercayaan mereka sendiri tentang  pelajar-pelajar di dalam kelas mereka . Adakah terdapat mana-mana pelajar kita terabai ? Adakah terdapat pelajar yang sukar untuk mencapai atau yang hanya seolah-olah tidak mengambil berat? Pelajar boleh rasa perasaan anda tentang mereka jadi berhati-hatilah terhadap kepercayaan anda sendiri.

Cadangan Pembacaan Tambahan
1         1. Enhance Your Child’s Learning, Become a parent – teacher.
2         2. Five Key Classroom Procedures to Master.
3         3.  Methods of Professional Growth for Teachers.
4         4. Top 10 Tips for Classroom Discipline and Management.
5         5.  Fostering Student Achievement
  1. Lesson Objectives That Produce Results
  2. How to Create Rubrics
  3. Characteristics of an Effective Classroom
  4. Avoiding Teacher Bias and Erroneous Beliefs
  5. Methods to Assess Students
  6. Creating a Positive Learning Environment
  7. Connecting With Students
  8. How to Handle Discipline Problems with Effective Classroom Management