Friday 24 January 2014

CONTOH ALTERNATIF LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN KAREKTOR.


Dari meja Penulis.
Contoh alternative yang diketengahkan ini adalah bertujuan untuk membantu guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah di zon yang dibimbing. Semoga dengan sedikit penjelasan pemeringkatan pengajaran ini, pengajaran guru akan bertambah lebih baik dan memberikan impak yang lebih besar terhadap perubahan tingkahlaku pelajar sama ada terhadap kemahiran yang perlu dikuasai, pengetahuan yang perlu diketahui mahu pun perubahan sikap/sahsiah mereka.

   Contoh ini sebenarnya hanyalah berupa satu cadangan atau pendapat. Mungkin ia kurang sesuai di satu-satu tempat atau pada satu-satu situasi pembelajaran. Oleh itu, guru-guru BM perlulah melakukan pengubahsuaian supaya langkah-langkah pengajaran yang sesuai seperti yang dimaksudkan dapat disediakan lebih awal. Ketahuilah bahawa, impak selepas pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan itulah yang lebih utama;  Dan untuk mendapatkan impak yang amat menggalakkan itu, PdP haruslah cukup terancang, mengandungi kemahiran yang perlu dikuasai, menyalurkan pengetahuan yang perlu diketahui, menyisipkan nilai yang perlu ditanam di dalam diri setiap pelajar.


CONTOH ALTERNATIF LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN KAREKTOR.

1.         PENDAHULUAN
·         Memastikan pelajar bersedia uantuk mengikuti proses pembelajaran secara fizikal dan mental [minda].
Ø  Permainan Menguji Minda [Bahasa]
Ø  Pembacaan karya [komsas]
Ø  Permainan Angka [Matematik]
Ø  Permainan Menguji IQ. [bebas]
·         Mengajukan soalan-soalan yang mengaitkan pengetahuan sedia ada [pengetahuan pembelajaran lalu] dan mengaitkan dengan tajuk/kemahiran yang hendak diajar.
·         Menjelaskan tujuan pembelajaran dan kemahiran/pengetahuan yang harus murid kuasai/ketahui.
·         Menyatakan cakupan/skop pembelajaran agar mudah diikuti oleh pelajar, sesuai dengan Sukatan Pelajaran.

Contoh Alternatif:
Ø  Guru datang tepat waktu (contoh nilai yang ditanam – Disiplin)
Ø  Guru mengucapkan salam dengan ramah ( nilai – santun dan prihatin)
Ø  Berdoa sebelum memulai pembelajaran ( nilai – agama )
Ø  Mengucapkan rasa bangga kepada pelajar hadir dan mendoa yang baik2 kepada yang tidak hadir ( nilai – disiplin, rajin, agama, prihatin )
Ø  Memastikan pelajar masuk tepat waktu (nilai – disiplin)
Ø  Menegur pelajar yang lewat masuk dengan sopan ( Nilai – prihatin, sopan santun)
Ø  Mengaitkan pembelajaran dan keperluannya kepada pelajar.
Ø  Memulai pengajaran dengan memperlihatkan butir-butir/skop/perkara-perkara  penting dalam pembelajaran/tajuk.

2.         AKTIVITI PEMBELAJARAN.

I.                    (Tahap/Fasa Pertama) Eksplorasi / Menyelongkar.
Ø  Pelajar mencari  informasi [maklumat] yang luas dan mendalam tentang topic yang dipelajari  [nilai – kendiri, berfikir logis, kreatif, kerjasama].
Ø  Menggunakan pelbagai pendekatan pembelajaran, media pembelajaran dan sumber belajar lain. [ ni;lai- kreatif dan berusaha bersungguh-sungguh]
Ø  Menggalakkan  interaksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru. [ nilai – kerjasama, saling menghargai, prihatin terhadap persekitaran]
Ø  Melibatkan pelajar secara aktif dalam setiap kegiatan pembelajaran/tugasan. [nilai – kendiri, kerjasama dan berusaha bersungguh-sungguh]

II.                  (Tahap/Fasa Kedua)  Elaborasi.
Peserta diberi peluang untuk memperoleh pengetahuan dan ketrampilan serta sikap ingin mengetahui lebih lanjut melalui sumber-sumber dan kegiatan pembelajaran.
Ø  Membiasakan pelajar membaca dan menulis dengan pelbagai ragam bahasa melalui tugas-tugas tertentu dan bermakna yang diberi. [ nilai – cintakan olmu, kreatif dan logik]
Ø  Membimbing pelajar melalu pemberian tugasan, diskusi dan lain-lain untuk membina gagasan baru (kemahiran dan pengalaman/pengetahuan baru) secara lisan mahu oun tulisan. [nilai – kreatif, yakin, kritis, saling menghargai dan sopan santun]
Ø  Memberi kesempatan untuk berfikir, menganalisis, menyelesaikan masalah, dan bertindak tanpa rasa takut [nilai – kreatif, yakin, kritis]
Ø  Membimbing pelajar bersaing secara sihat untuk meningkatkan prestasi pelajar [ nilai- jujur, disiplin, berusaha, menghargai]
Ø  Membimbing pelajar membuat laporan hasil kerja merungkai yang dilakukan, baik secara lisan mahu pun bertulis, secara individu atau pun kelompok [ nilai – jujur, bertanggungjawab, yakin diri, saling menghargai, kendiri, kerjasama]
Ø  Membimbing pelajar menghasilkan kerja individu /kelompok [nilai – yakin, saling menghargai, kendiri, kerjasama]
Ø  Membimbing pelajar melakukan  pameran, pertandingan, festival bersama produk yang dihasilkan. [ nilai – yakin, saling menghargai, kendiri, kerjasama]
Ø  Membimbing pelajar dalam melakukan kegiatan yang boleh menumbuhkan kebanggan dan rasa percaya diri pelajar [ nilai – yakin, saling menghargai, kendiri, kerjasama]

III.                Konfirmasi/Peneguhan/Pengukuhan.
Pengukuhan terhadap nilai dan sikap baik serta pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar.
Ø  Memberikan tindak balas positif dalam bentuk lisan, tulisan, isyarat mahu pun hadiah terhadap keberhasilan pelajar [ nilai – saling menghargai, yakin, santun, kritis, logik]
Ø  Memberikan peneguhan/penghargaan terhadap hasil pencarian/eksplorasi dan elaborasi pelajar melalui pelbagai sumber. [ nilai – yakin, logic, kritis]
Ø  Membimbing pelajar membuat refleksi untuk memperoleh pengalaman belajar yang telah dilakukan. [ nilai- memahami kelebihan dan kekurangan]
Ø  Membimbing pelajar untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih mendalam dan luas, keterampilan dan sikap yang lebih jauh/baik, antaranya guru ;
-          Menjadi sumber  rujukan dan penunjuk cara/pembimbing kepada pelajar yang menghadapi kesulitan, dengan menggunakan bahasa yang baku. [ nilai – prihatin, santun]
-          Membantu menyelesaikan masalah [ nilai – prihatin]
-          Memberi panduan agar pelajar dapat menterjemahkan hasil kerja ekplorasi/perungkaian mereka [ nilai – kritis]
-          Memberikan informasi/maklumat  untuk kerja-kerja merungkai sesuatu dengan lebih jauh/mendalam. [ nilai – cinta ilmu]
-          Memberikan motivasi kepada pelajar yang kurang atau belum menunjukkan pembelajaran secara aktif. [ nilai – prihatin, yakin]


3.         PENUTUP.
Ø  Bersama-sama dengan  pelajar membuat rumusan/kesimpulan pelajaran. [ nilai- kendiri, kerjasama, kritis, logik]
Ø  Melaukan penulisan/refleksi terhadap aktiviti yang sudah dilaksanakan secara tetap dan terancang. [ nilai- jujur, mengetahui kelebihan dan kekurangan]
Ø  Memberikan penghargaan/peneguhan terhadap proses dan hasil pembelajaran. [ nilai- saling menghargai, yakin, santun, kritis, logik]
Ø  Merancang aktiviti lanjut dalam bentuk pembelajaran remedy, program pengayaan, kaunseling atau memberikan tugas individu atau kelompok sesuai dengan hasil dapatan/penguasaan pelajar.
Ø  Menyampaikan tajuk pembelajaran pada pembelajaran berikutnya.
Ø  Berdoa pada akhir pembelajaran.


Perkara yang perlu diperhatikan.
Ø  Guru harus merupakan seorang model dan karaktor [berketrampilan].
Ø  Guru harus memberikan penghargaan kepada pelajar yang menunjukkan perubahan sikap yang dikehendaki dan denda kepada yang tidak menunjukkan perubahan. Penghargaan atau denda boleh dalam bentuk lisan atau bukan lisan, kad ucapan, catatan atau peringatan. Guru perlu menunjukkan prihatin mendalam terhadap masalah pelajarnya.
Ø  Hindari mengolok-olok/mengejek pelajar yang datang lambat/menjawab soalan/pendapat tidak relevan/tepat. Jangan menyindir. Guru harus sentiasa berusaha untuk membina sikap bertanggungjawab, empati, kritis, kreatif, inovatif, yakin diri dsb.
Ø  Guru memberikan peneguhan, bermula dari aspek2 positif, baik pada pendapat, karya, hasil kerja atau sikap pelajar.

Ø  Guru menunjukkan kekurangan-kekurangannya dengan ‘hati’, agar sikap2 saling menghargai dan menghormati, kritis, kreatif, yakin diri, santun dsb dapat tumbuh subur di dalam diri pelajar.

No comments:

Post a Comment