Saturday 19 October 2013

AKAUNTABILITI PINTAR : PENILAIAN PEMBELAJARAN

Semoga dengan 17 kreteria penilaian/tindakan di bawah akan dapat membantu guru-guru mata pelajaran meningkatkan penguasaan kemahiran pelajar.

1.   Cara yang jelas bagaimana memandu peningkatan pencapaian individu.
2.   Maklum balas yang jelasapa yang perlu ditingkatkan dan cara terbaik  
      yang boleh dilaksanakan.
3.  Menjelaskan kedudukan tahap sebenar pelajar dan ketelusan menetapkan
     kriteria untuk membolehkan perancangan pembelajaran pelajar.
4.  Hubungan yang jelas antara pembelajaran pelajar dan perancangan pelajaran.
5.  Menyediakan rangka kerja yang berfokus kepada pembangunan
     pengajaran dan pembelajaran sekolah secara keseluruhannya.
6.  Membentuk kesepakatan di kalangan guru  dalam konteks di mana mereka
     boleh membangunkan kemahiran mengajar mereka.
7.  Memahami dengan tepat apa yang ingin dipelajari dan mengapa, dan apa
     langkah-langkah yang boleh membantu mereka di masa akan datang.
8.  Menilai kemajuan mereka sendiri ( dan juga membantu rakan-rakan )
9  .Mengiktiraf piawai yang mereka sasarkan dan berusaha ke arah
     kecemerlangan.
10.  Memikirkan bagaimana mereka belajar.  
11.  Membangunkan strategi  pembelajaran yang pelbagai.
12.  Terlibat dalam perbincangan berkualiti tinggi bersama guru, orang dewasa
       lain dan rakan-rakan untuk membangunkan pelajar yang berwibawa.
13.  Membentuk budaya bilik darjah yang menggalakkan interaksi dan
       digunakan sebagai alat penilaian.
14. Mengguna dan menyelami kaedah pengajaran yang terbaik/berkesan
      untuk memenuhi keperluan pelajar.
15. Menggunakan pendekatan yang berbeza-beza untuk menilai
      pemahaman pelajar.
16. Memberi maklum balas terhadap prestasi pelajar dan mengenal pasti
      arahan/tindakan yang sesuai untuk memenuhi keperluan.
17. Penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran.
     

No comments:

Post a Comment